image

Mangsa banjir terus berkurangan

KOTA BHARU – Jumlah mangsa banjir di Kelantan semakin berkurangan kepada 520 orang pada 12 tengah hari ini berbanding 551 pada 8 pagi tadi.

Kesemua mangsa banjir membabitkan 230 keluarga itu ditempatkan di tiga Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di dua jajahan iaitu Pasir Mas dan Tumpat.

Menurut aplikasi infobanjir Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Pasir Mas masih merekodkan jumlah tertinggi dengan 485 mangsa (221 keluarga) yang ditempatkan di dua PPS, diikuti Tumpat dengan 35 mangsa (sembilan keluarga) di sebuah PPS.

Portal eBanjir Kelantan, ebanjir.kelantan.gov.my melaporkan paras air Sungai Golok di Rantau Panjang  turun kepada 8.55 meter pada 12 tengah hari ini berbanding 8.65 meter pada 8 pagi tadi. Paras bahaya ialah sembilan meter.

Keadaan cuaca pada tengah hari ini dilaporkan mendung.- Bernama

 

SUMBER: SINAR HARIAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *