Sinar Harian

Kamera Awas bantu kurangkan kemalangan

KOTA BHARU – Pemasangan kamera Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (Awas) di Kilometer 17 Gua Musang-Kota Bharu menunjukkan penguranganan kemalangan jalan raya di kawasan berkenaan.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan, Mahasan Mustapa berkata, dengan adanya alat terbabit ia juga turut membantu mengurangkan kesalahan dalam kalangan pemandu yang menggunakan laluan itu.

“Ia berdasarkan hasil bedah siasat yang dilakukan JPJ Kelantan selepas kamera Awas dipasang sejak tiga bulan lalu.

“Setakat ini kita pasang kamera itu Kilometer 17 Gua Musang-Kota Baharu merupakan lokasi pertama di Kelantan dan ia projek percubaan,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Beliau berkata demikian pada majlis berbuka puasa dan meraikan anak-anak yatim dari Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim Kelantan (Peka Yatim) di JPJ Panji.

“Insya-ALLAH kita akan perluaskan pemasangan ke kawasan-kawasan lain dalam masa terdekat,” Aidilfitri.

Dalam perkembangan lain, Mahasan berkata, sebanyak 200,000 kenderaan dijangka masuk ke Kelantan menjelang Aidilfitri nanti.

Bagi memastikan kelancaran trafik dan lalu lintas, pihaknya akan mengadakan Ops Khas Aidilfitri bermula 18 Jun hingga 2 Julai ini.

Mahasan, berkata seramai 240 anggota akan menjalankan rondaan dan tugasan di tiga laluan masuk utama termasuk beberapa lokasi panas yang dikenal pasti.

“Dalam tempoh itu kita turut adakan rondaan hingga jam 12 tengah malam manakala dua hari sebelum dan selepas Aidilfitri pula rondaan dibuat selama 24 jam.

“Kita fokus kepada tiga laluan masuk utama iaitu Jeli, Gua Musang dan Pasir Puteh termasuk beberapa lokasi ‘hot spot’ yang sudah dikenal pasti,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *