image (23)

Cari ibu kandung untuk proses anak angkat

KOTA BHARU – Sepasang suami isteri dari Kampung Lepan Bola, Batu Gajah, Tanah Merah mencari ibu kandung kepada seorang kanak-kanak berusia 3 tahun untuk proses pengambilan anak angkat kepada pasangan itu.

Rohina Mohamad, 46, dan suami, Othman Tumpang, 51, mencari seorang perempuan warga Thailand, Suwana Loman, 18, ibu kepada Nur Alia Nabila Abdullah, 3.

Rohina berkata, dia mengenali Suwana ketika remaja itu bekerja di sebuah kedai makan di Tanah Merah dan menawarkan anak yang dalam kandungannya kepada pasangan suri rumah dan anggota polis tersebut sebelum mereka menampung kos bersalin berjumlah RM1,800.

“Saya menjaga Nur Alia sejak dilahirkan di Hospital Tanah Merah pada 3 Mac 2015. Selepas itu, Suwana bersama bayinya seberat 3.2 kilogram itu berpantang di rumah saya selama 28 hari dan kemudian meninggalkan rumah saya sejak dari itu.

“Sebelum itu, dia ada ceritakan pada saya, dia berkahwin dan tinggal di Kemaman, Terengganu, namun selepas itu kami terputus hubungan dan tidak dapat menghubunginya hingga kini,” katanya ketika ditemui di Pejabat Sinar Harian Pengkalan Chepa, di sini, semalam.

Katanya, Suwana diperlukan untuk urusan pengambilan anak angkat di Jabatan Kebajikan Masyarakat dan mendaftar persekolahan kanak-kanak itu pada masa depan.

“Saya harap dia dapat hubungi kami atau sesiapa yang mengetahui di mana Sawana boleh menelefon kami di talian 019-9707080 atau ke rumah kami di Tanah Merah,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *